Hey! I see you!

The Landlord

My photo
Lewat remaja. Engineer. Ghimau.

Follow me?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 7, 2012

Mereka tak tahu

Aku baru usha2 blog harini. Galak baca semua blog, semua posts, semua segala-galanya lah... and ade jugak aku feel offended.. Tapi aku tahu.. bukan semua orang same pendapat dengan kita, sama pandangan dengan kita, sama misi, sama latarbelakang dengan kita, dan atas sebab itu kita tidak wajar menghukum/mengadili kepincangan seseorang itu dengan sewenang-wenangnya.

Ada orang kata gaji masyuk tapi tak reti menyimpan takde guna. ok. pendapat itu betul. tapi adakah korang tahu kemana 'pembaziran' itu dilaburkan? Korang taw ke 'pembaziran' itu digunakan di saluran mana? Korang kena faham keadaan keluarga masing-masing tak sama. Ade yang berada, ada yang sedang-sedang saja, ada yang tak bernaseb baek dan sebagainya. Itu satu contoh.

Lagi, korang perlu ambil kira mungkin dia anak sulung. Tanggungjawab itu berat tak kira lelaki ataw perempuan (confirm laki lagi berat kalau nak compare). Mungkin emak ataw ayah dia sakit, bulan2 perlu supplement 3-4ratus. Duit bulan2 kena bagi lagi. Mungkin nenek datuk dia sakit, dia kena tanggung lagi. Bukan nak tunjuk die mulia sangat nak kena tanggung semua, tapi kadang-kadang kita perlu ambil kira dan terima bende ini realiti.

Itu tanggungjawab kat orang lain, tak kire diri sendiri lagi. Umah, kereta, makan, minum and etc. Jangan terkejut org gaji masyuk2 ni pun ade yang tak keluar lunch sebab pikir nak saving. Tang overuse credit card tak boley nak comment ape. Tapi, kita kena tahu sebab musabab dia applied credit card tuh at the first place. Mungkin konkrit mungkin tidak, itu depends.

Orang kata operator tuh lagi bagus simpanan dia daripada engineer. Basically it is based on the comparison of salary lah kan? cuba pahamkan satu situasi ;

"Ehem.. Orang tuh gaji besar kan? Apa salah tlg betulkan kereta ni sikit."

"Ehem.. Orang kaya? Bila maw belanja sedara2? Ceewaahh... Mentang2 gaji masyuk, sombong sekarang..."

"Tolong lah sponsor sikit duit kenduri ni.. Tak lari mana gaji kau sponsor takat 2-3 ratus..."

Agak2 kan kalau sepuluh orang cakap dialog gini or seantero dengannya, orang gaji 10K pun boley lingkup. aku harap korang paham ape aku cuba sampaikan ni. Disebabkan gaji dia besar, orang senang lepas kat dia.. Senang cerita, dia macam "ATM bergerak lah"... Cucuk jer terus dapat.. Last2 die jugak yang makan roti cicah teh O ari-ari kat opis.

Aku bukan nak backup orang gaji besar orang gaji kicik ni, tapi kita kena paham. Jangan samakan situasi orang itu dengan kita melainkan kita sendiri berada dalam situasi itu.

Dan aku tak deny, orang gaji besar ni kadang-kadang besar kepala. Tapi, bear in mind. Tak semua orang macam tuh. Macam konsep; lelaki semua same jer, pantang tengok awek bermini skirt, mata masing2 bulat cucuk ngan garfu pun xberkelip. (Aku tak taw kenapa aku hiperbola.lol) , tapi tak semua gitu kan? So.. Tepuk dada tanya selera.

Assalamualaikum :)

3 comments:

van montaha said...

bak kata orang lama-lama:

besar kuali, besarlah keraknya.

setuju. moga orang bergaji besar dikurniakan kesabaran yang lebih menempuh dugaan2 yang besar.

eeqa~ said...

;)

Eyn said...

Agreed!

Shareaholic!