Hey! I see you!

The Landlord

My photo
Lewat remaja. Engineer. Ghimau.

Follow me?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 21, 2011

Teman aku jum!

Korang gelabah ayam tak tengok benda-benda meremang-remang nieyh? Er.. Kalaulah kan.. korang dihadapkan video macam ni, apa reaksi korang?





1. Kagum?
2. Terpegun?
3. Tergamam?
4. Hilang akal?
5. Mata terbeliak, mulut tutup, jantung berdegup kencang?
6. Berguling-guling atas lantai?
7. Histeria?
8. Gelak kuat-kuat-bahak-bahak?
9. Rembat pil tidur sebelah katil serta-merta?
10. Menangis tersedu-sedan?


Nah kau! Aku bagi 10 possibilities lagi tuh. Sila pilih berdasarkan perkara yang benar semata-mata benar. hoho~ My reaction? the fifth one. Tak dapat imagine? HAHA. Sorry sikit aku nak bagi demo muka spastik aku. Saham kena jaga weyh even tak setiggi mane. Kuikui..


Sooooo...... ada sesape tak nak join aku mengadap dua bendasings kat bawah ni? erm? :) PLISH teman. Bosanlah tengok sorang-sorang. Huuu~


Bendasing 1:




28th May 2011



Bendasing 2:




25th August 2011


Aku tahu kadang-kdang mengadap cerita-cerita macam ni kat cinema kadang-kadang not worthy enough. Tapi, kalau nasib baek, MASYUK kut. Puas hati kadang-kadang. Ape orang kata tu? MEncabar.. mencabar.. adventure gitu.. Hee~

Friday, May 20, 2011

Waterfall tak waterfall lah kan??

Tak tido satu malam. Menyiapkan projek sarjana muda sampai pukul 3 pagi. Bersengkang mata mengadap multi purpose cooker membina murtabak megi yang tak pernah dibina sebelum ini. Menu seterusnya, sosej black pepper ngan cheese yang amat sedap! Roti telur tidak dilupakan bersama bihun goreng perencah megi sebagai backup santapan.MARVELLOUS! Nyum nyum! hehe..


Mata yang tak lelap satu hari satu malam mengadap Draft PSM mencabar aku lagi dengan menjadi pemandu pergi balik ke destinasi AWESOME (Air Terjun Pulai) :) Hadoi.. Mak letihh!


MAlas nak banyak cakap.. Nak santapan untuk mata korang. Hoho~

DIlarang masuk???? ngeh ngeh..

Posing lagi sebelum mencahnak!

Chantek kan view die? Peluh weyh! hoho~

Yay! sampai ke pintu gerbang yang dinanti-antikan..hoho

Sejukkk!!! Brrrrrrrrrrrrrr.......

Sara kawanku paling chomel!!

Menaiki batu-batu-batu yang licin untuk sampai ke desinasi sebenar.

Best! Awesome! Best! Awesome!

Posing 1

Posing 2

Aku tak taw apa motif gambar ni. heh


Settle! Pasni nak gi picnic mana lagi yer? Urrrmm........ ;-)

Wednesday, May 18, 2011

Short (again)

kenape jari jemari kaki tanganku sangat cepat bertindak balas dengan kesejukan sekeliling? Adakah aku tergolong dalam spesis REPTILIA?

Bila...

Bila aku mengadap assignment... mata memang saje carik pasal dengan aku. Tyme-tyme tuh jugak lah bulu mata atas mula nak bercengkerama dengan bulu mata bawah. Tyme-tyme tuh jugak lah oksigen tak cukup memaksa mulut untuk ikut bernafas sekali (menguap). Dan tyme-tyme tuh jugaklah katil tuh tetibe macam ada muka pulak senyum-senyum gamit kat aku. heh


Iyelah.. Mana taknye.. Kertas yang aku terpaksa mengadap tulisannya macam cacing. Hadoiyai..



Bila otak mula berpinar.. Inilah penyegar mata semula jadi aku.. Sangat berkesan.. Otak semakin segar.. Mata semakin bulat.. Tiada lagi migrain. Tak payah makan kismis. Tak payah layan jamu. Cukuplah sekadar..


layan MAGIKA ! Seronok~ heee


Bila mata masih tak boleh blah.. Aku gunakan alternatif lagi satu. Confirm bukan setakat mata semakin segar.. Sampai malam pun tak pasti boleh katup ke tidak mata ni.. hoho~


CHUZZLE DELUXE!!!!! yay!


Confirm addicted. Game ringan-ringan sikit kasi beban dalam kepala hilang. Tapi..... bukan setakat beban hilang.. focus nak study pun menerawang ke mana suder.. hoho~


Jadi, renung-renungkan.. Dan selamat beramal.. hiks!


P/S : Good Luck adekku yang gelabah menunggu result Matriks arini. Hoho~ aja-aja!

Sunday, May 8, 2011

Aku tolong promote sekali!

Hasil kempen Boycott @IshamRais,aku tolong promote sikit ke sini. Sila refer kat entry Enough Mapley,Enough


" Kepada pembaca Teh Tarik Gelas Besar - mohon jasa baik untuk sebarkan senarai nama ni, then pesan kawan-kawan untuk boycott kedai-kedai ini sampai mereka turun harga! Sampai mereka bersihkan kedai mereka! Sampai mereka benar-benar ikhlas nak berniaga makanan dengan kita! "

Boycott boycott!
Boleh tambah senarai di entry yang ditulis.


*Restoran Darul Ehsan,Seksyen 17 Shah Alam - harga macam celaka.
*Restoran Taufik Maju,Cheras - portion nasi goreng pakai piring tapi harga lagi mahal dari pinggan.
*Restoran Tanjung,Cheras - mi goreng goreng pakai perencah megi tapi harga tak patut.
*Gerai mapley bawah LRT Maluri,jalan menghala ke Kajang - @j_stratslinger jumpa ayam bermaggot.
*Restoran sebelah monorel KL Sentral - gua jumpa nasi bermaggot.
*Impian Maju seksyen 4 Bandar Baru Bangi - @Berto_mel cakap dalam ayam ada tahi.
*A Rahman di Taiping - tak semelih tak mamak la kan.-Dani.
*Restoran kat area Mutiara Damansara - depan rumah lama gua kat flat-flat tu - nasi lauk telur RM3.50.
*Restoran Darul Ehsan,Seksyen 8 Shah Alam - teh tarik RM1.60 gila mahal,Zulfikar Hazri.
*Restoran Jamal Sharif,Seksyen 14 PJ - indomie+telur mata=RM3.50 - chimni.
*Restoran Kassim,Taman Sri Pulai,nurse nampak those mamak kat kassim sembelih biawak - g-hunt.
*Ali Maju,Uniten - nasi beriyani macam nasi putih tapi harga RM8.-@irshadim.
*The Sphrere,Bangsar South - teh o ais RM2.
*Mamak kat LRT Kerinchi - roti naan+ayam tandoori kecik nak mampos RM10,Iz Man.
*Pelita dekat KLCC - nasi lauk RM11.50(lauk ape der?kindly comment back) Fansuri.
*Restoran Madinah Sungai Besar - nasi macam nak bagi ayam makan - Cesc Luseza.
*Restoran 1Malaysia,Kota Samarahan - kimak bukan main mahal,ayam lebih tepung je - Fariku.
*Restoran Kassim,Taman Sri Pulai - ada tangkal dalam botol kat siling - Shaiful.
*Restoran INSAF Jalan TAR - nasi beriyani RM12 sepinggan,teh o ais kecik RM2.50 segelas - Fauziah Anuar.

***

Aku penah terjebak kat tempat yang aku highlight kaler purple tuh jer... hoho.. Mintak-mintak takde pape... 

Mungkin benar, mungkin tidak, Kalau nak jadi mangsa, cuba try sekali. Kalau rasa-rasa bende ni rumours, sila alert. Sharing is Caring kan? Masing-masing boleh saling ingat mengingati :-)

Seronok tak dating sesama jantina?

SERONOK! :-)

Semalam aku dengan Cik Pippa sajer carik pasal tak study (paper tak habes lagi ni. hoh.), selambe keluar pegi JJ Tebrau kasi lepas kerinduan mahu lepak-lepaking. Sampai-sampai jer destinasi ;

Aku : Weyh, kita nak buat ape kat sini?
Cik Pippa : Entah? HAHAHAHA.. 
Aku : ...... :-)

Memang betullah... Pusing setiap sudut dari kanan ke kiri, depan ke belakang, bawah ke atas ke bawah balek complex tuh. Setakat window-window (mode nak shopping iiilllek). Memang macam pasangan les betol, jalan kepit-kepit tangan, usha-usha cincin berlian sama-sama, usha benda-benda pelik, lol.. buat semua benda tuh tanpa hirau jantina lain di sekeliling. Wah! Impress dengan diri sendiri! Tak usha laki kacak satu hari. Hoho.

Oldies : Camwhore di washroom.. heheh :-)


Usha tiket wayang, lewat pulak. Malas ah.. Keluar JJ rasa macam nak gi Uptown pulak. heh. Tiba-tiba dua lelaki nak teman pulak malam-malam gini. Macam double date pulak rasanye. hoho. Pas lepak Jalan Dhobi, layan Fast 5 pukul 1.20 am. You know what?????? Booooooooring..... Beria aku usha review semua cakap best bagailah, apelah. Sorang daripada kami berempat siap berdengkur lagi. HAHA! Gile. Banyak cakap, less action. Duhh.. Even cerita tuh pukul 1.20 am, full house kut cinema nyer, monyet-monyet bising tak penah tengok wayang pun wujud gak. Maw jer terbang selipar aku kat mulut dia. Haish!

All in all, BEST! :-) Thanks Pippa~ 

P/S : Sebagai tanda terima kasih, Nanti bile-bile wa mintak tolong pak mael tarik Ohjan jumpa lu eyh? :-)

Saturday, May 7, 2011

Short

Love listening to HARD CORE music...... :-)

Wednesday, May 4, 2011

Manusia memang pelik kan?

Suka tengok boyfriend girlfriend masing-masing schweet-schweet (tak sampai muntah ijo) kat facebook wall masing-masing,
Tapi, sendiri tak suka spam wall boyriend and vice versa.


Suka tengok lelaki handsome,
Tapi sendiri tak pernah berniat buat laki handsome jadi life partner.


Sangat suka tengok orang minum coffee ataw sama waktu dengannya kat Starbucks,
Tapi sendiri masuk Starbucks pun tahan nafas cover hidung.


Adore dengan perempuan-perempuan chantek pakai high heel yang awesome jalan-jalan shopping,
Tapi sendiri pakai kasut flat pun jalan-jalan tak sampai lima jam dah merengek kaki melecet.


Suka tengok lelaki breakdance / dancing dengan stylo nye sampai mata tak berkedip menengoknye,
Tapi sendiri tak pernah terpikir nak bergaul dengan group-group macam tuh buat kenalan.



Sebenarnya, apa yang kita rasa kita sangat suka, kita sangat adore, kita sangat sanjung, in reality, kita tak nak benda tu dalam hidup kita. Cukuplah sekadar menjadi mata-mata yang memerhati ironi masyarakat sekeliling.

Muhasabah diri sikit :)

Monday, May 2, 2011

Perut Jepun



Tomorrow will be my first paper for the exam week. [Well Testing]. And now, need to revise all of the calculations, graphs theories and etc related. So, in order to ;

I need ...................

A mechanical pencil
A blue pen  
A ruler (long one)
An eraser 
A calculator
A graph paper
Lots of A4 papers


plus


A bit support from whom I LOVE 


P/S : I am having only three sushi (two octopus plus one salmon) for my meal one whole day today. Style kan? :P Boleh kurus kalau tiap-tiap hari makan macam ni.

***

Ayah! ibu! call akak malam ni. Mental down! :(

Sunday, May 1, 2011

Soul therapy konon

Anyway, tolak tepi sekejap final exam yang makin mendekati aku nieyh. Aku mulalah bersemangat meronggeng. Rakan cantek aku sorang nieyh, suggest satu tempat karok yang nampak hebat, 'Ali Baba' sebagai satu tempat soul therapy kitorang. Tak pikir panjang, terus SETUJU! Kitorang gerak pukul 12.15 am dengan semangat berkobar lah kan. Nak tengok lah jugak hebat mana lah sangat tempat nye. Eyh! BETOL! Siap ade page Facebook lagi. Amazing gile. Macam Night Club aku tengok pun ade. Tapi, lek-lek jer aku tengok banyak giler gerombolan famili-famili masuk keluar tempat ni. So, semangat kitorang macam up lagi lah tengok tempat macam eksklusif ni kan.

Nah! Aku bagi image dari Google. Image sebenar dari handphone malap pulak. Tak mampu den nak nolong dah eyh.



Memanglah HEBAT. Satu bilik pakej sampai RM85 for two hours. Hadoiy. Kempis! :P

Dah letih layan lagu pelik-pelik, pukul 3 pagi gerak balek UTM. Lalu Pak Guard, senyum-senyum borak-borak sikit, lepas! Tak payah serabut-serabut maw scan-scan kad matrik. Heh.

***

The next day,

01.05.11 > > Hari ni Hari Buruh a.k.a Hari Pekerja. 
01.05.11 > > Hari ni Hari berlangsungnya Majlis Perkahwinan Senior aku.
01.05.11 > > Hari ni Hari Lahir Si Pengantin Lelaki.

Congrats Mr Engineer Azlan n Mrs Engineer Huda

Mesti posing selepas makan :)

Bersama En. Engineer owner Honda. (Biar selekeh, janji poket tebal :P)

Bersama En. Engineer Gula-Gula Kapas a.k.a abang kesayangan kitorang :)

Ramai giler senior-senior yang dah berkarier. Dah bergelar jurutera, Dah poket berkepuk tebal, Dah pakai Honda masing-masing, datang harini. KAGUM! Terus aku pasang angan-angan.. hehe  :)

 ***

Alahaiy... bilelah aku nak sambung study nieyh. Eysh!

Shareaholic!