Hey! I see you!

The Landlord

My photo
Lewat remaja. Engineer. Ghimau.

Follow me?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 26, 2011

Upin Ipin

Sebenarnye, honestly aku jenis tak boleh nak dekat dengan patung-patung besar yang bergerak nieyh (aku rasa ada term specific merujuk bende alah ni, tapi aku pun tak cukup kosa kata, jadi guna bahasa melayu panjang-mudah difahami dah lah yer? simple). Tak kesah lah secute Dr Mahathir ker, semacho Arnold Schwarzennegger ker, sesexy Marilyn Monroe ker, Semanis Obama ker entiti itu, aku tetap seram+gegel maw menghampiri mereka.


Tapi harini dengan selamba En.Syazli a.k.a boss kitorang jerit; "Eh! Sini-sini! Tangkap gambar dengan model-model booth UPU!" Hadoiy! Dahlah aku tyme tuh berkoordinat paling depan dan paling tengah booth. Memang raksasa comel berdua ni terus merapati aku r. NEVES seyh!!!!!


Tapi, dah dasar muka tak malu, posing suder :)

Kesian sorang kawan aku, Ellisa - Posing mautnya dihadang Si Tomey Upin.. ahaks!





P/S: Kepala mereka tersangatlah besar. Sampai tyme nak bergambar pun, berlaga pipi kepala. Toink toink!  :P

Wednesday, March 23, 2011

When the heart speaks

Sometimes you can smell the hypocrite sense of some people. 'Some people' should know that they don't have to turn into somebody else where obviously no one did watch all of your effing doings at all. Craps! 


Sometimes you don't need to make others ass being laughed at in one of your stupid jokes. Do you desperate enough to get THE no-need attention? Good Luck lah living your life like that.


Sometimes you just can't help yourself not being notified by some kick-ass shit. If you are not talking much, they'll start to think you are categorize into 'cover cun/macho' group. If you just want to talk non-stop one day for some reason, they'll get you a bitch invisible slap on your face. etc.


Just bear in mind, WHAT GOES AROUND COMES AROUND

Monday, March 21, 2011

Pemberitahuan : Aku bukan racist, aku bukan bias


Result SPM keluar Rabu nieyh! Warkh!!!! Selamat berjaya wahai adekku yang sekarang ni setia bersama MYDIN :P Agak-agak dia ketar macam aku ketar tak dulu-dulu masa berdebor nak pegi dewan amek result? Fuhh! Aku rasa laki ker tak laki ker.. mesti gegel jugak kan? heh.. Takpayah nak control-control macho sangat. heh



Lepas jer dapat result, confirm semua kakak-kakak, abang-abang yang senaseb macam aku nieyh dapat adek lelaki yang manja+pemalas+kaki blackmail+kaki rasuah orang pasti menjadi mangsa mengisi borang-borang rasmi masuk U. Tak pasal, aku jugak yang yang pecah kepala pikir-pikir course, universiti ape yang sesuai untuk dia. Kalau die tak demand tak ape. Ini! Semua aku cadang, semua banyak komen. Pelempang maw? hoho...


Senang-senang aku offer UTM a.k.a Universiti Terbaik Malaysia jer untuk dorang. Sebab ape? Meh aku senarai selagi terdaya dan secara ringkas : 

Nak selambe lepak hostel je sampai abes belajar? ade. 
Nak transport free? berlambak. 
Nak roti canai? tak payah pegi jauh, sekangkang kera jer. :P
Nak pasar malam? seminggu tiga hari cukup? 
Nak shopping? takkan puas sampai abes semester lah jelajah shopping complex. 
Nak pegi luar negara, Singapore? No hal lah, sediakan passport jer. 
Nak layan Jomheboh? Danga Bay senyum menanti. 
Nak masuk tournament DOTA? tak payah penin-penin, banyak competitors nak join, banyak organizers nak layan.
Nak bau stadium? Nak bau swimming pool? Jangan risau
Kipas-susah-mati Qabil Ambak? Nak tengok kuda siang malam pagi petang, no hal lah

Plus, Kita masuk sudut Akademik sikit, Kalaulah korang, laki ker perempuan ker, terasa nak jadi cool, sempoi, layan-layan kira-kira, theory-theory, dalam kata lain - adore pangkat Ir. (pangkat untuk engineer) ;
TAK PAYAH SUSAH-SUSAH SERABUT PIKIR-PIKIR, PILIH UTM - UNIVERSITI KEJURUTERAAN DIIKTIRAF TERBAIK DI MALAYSIA :)
Wah! Macam promoter plak aii. Aku tak bias (tak racist juge) sebab statement yang aku kalerkan merah tuh hasil survey aku tanya cikgu-cikgu yang merupakan rakan-rakan mak aku sendiri.

Ooops! Sebelum kepala korang pinin dengan tulisan berjela dalam blog aku harini, try usha gambo bawah ni kejap :)



So, kalau korang terasa nak berbakti kat adek-adek korang atau taknak pinin-pinin kepala pikirkan masalah dorang, cuba suh dorang datang sendiri UTM Skudai, suh orang-orang kat situ berbuih mulut, berbuih otak pikkir cadangan terbaik untuk dia. Bukan wakil universiti taw, wakil setiap fakulti pun ade. So, sangat-sangat detail dan benar input korang boleh dapat masa ni. Bile lagi nak attend event yang berilmiah, bermanfaat lagi berfaedah untuk kita kan? Menimba ilmu sambil berhibur. AWESOME! :)




Jom layan! PEACE!

Thursday, March 17, 2011

Tak suke kondisi ni!

Choiy!!! Kena flu! Achuum tak terkira dah nieyh.. Mana nak tahan kalau selang sesaat achuum, selang sesaat achuum! Jantung pun boleh gugur... hoh! Gara-gara burger rusa aku tersiksa... Huwaa!!! Miserable :((









Tiada rasa, tiada emosi

Perut kenyang hati pun senang :)

Pernah makan steamboat? Kepada sesiapa yang tak gemar, sorry to say lah. Anda rugi satu nikmat dunia. Hiks! Kalau sesiapa orang Johor tuh, meh aku kenalkan satu tempat yang confirm korang takkan menyesal layan kerenah perut korang yang bunyi "dam dam dum bunyi keroncong" tuh. hee


Perjalanan mengambil masa dalam 1/2 jam jer dari Skudai kalau tak ada ape aral - accident, jammed, tayar pecah, demonstrasi, kereta VVVVVVIP lalu, dan sebagainya. Korang tahu jalan ke Danga Bay kan? Terus jer sampai menara jam besar yang kat padang besar tuh, amek lorong sebelah kiri sebelum jam besar tuh. Kalau tak jelas, sila google.Hihi


Nama kedai : D'terrace
Yuran masuk : RM19.90
Menu makanan : Buffet. Amek semua yang korang rasa selagi boleh sumbat, korang rembat sajer. 
Cara masakan : Masak sendiri. Ada pilihan soup, tomyam dan bakar-bakar.
Lain-lain : Free ice-cream. Free segala jenis air. Free nasi. Free megi.


Untuk sesiapa yang bernafsu makan macam dynosour, jemput datang. :) Kenyang untuk seminggu. hehe. Nah! Santapan video untuk korang.


video

Lama betol aku tunggu bende ni upload.20++ MB kuwt.. hoho

Tuesday, March 15, 2011

When the heart speaks

Why do I feel like the burden is become lighter today? thank GOD I am still under HIS protection. :) Patience! It is really worth it. 

chipsmore


girlfriends



college

Presario V3000

all goes well :)


Korean series 'Playful Kiss' is awesome! hiks


Sunday, March 13, 2011

Kembar?

Sorang emo sorang cool

Sorang bising sorang senyap

Sorang suka tinggi sorang gayat

Sorang suka dark chocolate sorang suka white chocolate

Sorang tak suke bersenam sorang memang jaguh sukan petang (pingpong / jog)

Sorang suka cartoon Rapunzel sorang suke cartoon Up

Sorang tak makan mee sorang penggemar mee

Sorang last minute sorang well planned


Hurm........ini kire KEMBAR ker?







Aku bersyukur aku ada kau. Sekurang-kurangnye beban aku kalau tak hilang, berkurang.

Saturday, March 12, 2011

Kun Fa Ya Kun

Today 300+ people died, almost 100 thousand people lost their homes, 4.4 million homes in Japan has no electricity, NOW NOBODY IS RICH OR POOR, LETS ALL BE ONE AND HELP OUR FELLOW NATION, LETS BE THE CITIZEN OF THE EARTH, Lets all put our hands together and pray for the Japanese, may God bless them and give them strength to deal with it, god bless all -12 March 2011-


#prayforjapan. Will you?




Supermoon phenomenon? on becoming 19 March?

Aku bebel sekejap. Nak dengar? Pasang telinga elok-elok, nanti tak tahan, skru tertanggal, tak masuk campur.

Aku dah lama tak bebel randomly. Malam ni macam ada keinginan, Tapi tetibe takde. Ada sekejap, pastu takde. Macam biskut.


Harini banyak kali aku kecewa. Sangat-sangat dissapointed. Macam-macam benda aku terpikir-pikir terawang-awang harini. Emosi bercampur baur. Tensi-tensi macam ni, keinginan nak kaler rambut semakin menebal.


First, pasal PSM. Tiba-tiba core aku tak boleh guna. permeability dia sangat-sangat kurang (sorry, guna bahasa kejuruteraan sikit kat sini). Nak diskusi dengan lecturer, dia pergi lepak KL pulak, tak tahu sampai bila. Naseb baek ada mamat handsome nama Fakhrul Rafhan yang sudi bantu aku (even aku kena balas budi dia tak lama lagi). Dia sanggup derma core baek punya kondisi kat aku. Thank you jugak kat Pali sebab selamatkan keadaan. Sok maw masuk lab. Harap-harap keadaan lancar seperti diharap.


Second, pasal $$$$. Mak aku masuk RM150 kire extra duit poket takut anak dia tak cukup makan bergantung kat biasiswa Petronas, tapi anak dia yang tak reti nak bersyukur + tensi memanjang dan perlu menshopaholickan diri sendiri tetap rasa tak cukup jugak. Hummph!! Biase dia! Babap kang! Eysh! Iyolah, Laptop mula buat hal. Boleh pulak tak boleh connect wireless. Damn! Nak akhir-akhir sem ni, ko suka carik pasal dengan aku kan?


Third, pasal hubungan. Naseb baek hubungan aku dengan parents makin OK. Takde unsur-unsur gerem-gerem macam dulu. Dengan adek-adek aku makin best. Makin havoc. Makin diorang dah besar, aku rasa makin sayang aku dengan diorang, lagi-lagi dua ketol adek lelaki aku tuh, Sorang KEREK MANJE, Sorang NERD-NERD AYAM. Kalau nak bagitahu mana satu kerek mane satu manje, pasti korang boleh teka tengok sekilas gambo bawah ni kan? heh.. Pasal si dia, PJJ memang payah dan manusia memang payah. fullstop.


Gambo blur sebab low MP. Aku nampak kampoang sebab aku memang orang kampoang. heheh.. :P


Fourth, pasal MAXIS. Selambe ko potong kredit aku setiap kali aku topup kan? Macam haram. Aku topup RM10, aku guna tak sampai RM2, esok-esok tengok dah tinggal RM 0.00. Apecer? Bukan sekali, bukan dua kali, dah berkali-kali. Memang sakit hati. Hampir RM50 abes sebab ko selambe lost tak faun-faun kredit aku kan En. Maxis? Hummph! Bukan pasal kredit jer, Aku rasa, pasal broadband pun, aku nak terminate jer, Buat sesak pala otak jer pikir hutang menimbun.


Fifth, pasal sikap sendiri. Makin hari, makin malas nak gi kelas. Apehal? Dah nak abes kut. Dah bulan tiga. Tolonglah sedar diri. Asek-asek kerja last minute. Tolong muhasabah diri sendiri ok? Jangan asek nak leleh-leleh baca surat-surat ibu dalam koleksi tuh. Menyesal kemudian tiada berguna. (Seronok menganjing diri sendiri kan?)


Oklah, wa da puas bebel. (Tenang sikit hati)
Moga hidup aku, perjalanan aku, semakin lancar selepas ini. Doa untuk aku. InsyaAllah~


Cau cin cau dulu. Adios!
P/S : #prayforjapan

Tuesday, March 8, 2011

Utara ke Selatan :)

Hari ni hari HAPPY! Walaupun esok ada test killer, aku tetap happy. Semua gara-gara encik utara. I love retrieving couriers. Tak kesahlah kiriman tuh takdelah segah mane, malah even surat sahaja, asalkan benda tuh pos. Aku sangat-sangat suka! :)


Adegan satu:

Sajer parking bende putih atas bende itam ni.. heh

Wallpaper kat desktop tuh gambar setahun lepas. Sila jangan noob-noob percaya muka aku seNERD itu sekarang.. heheh~


Adegan dua:

Zoom in sikit


Tengok-tengok! Dari Pulau Pinang ke Johor Darul Takzim. Jauh dikau merantau kan wahai bungkusan?? ngeee :D


Adegan tiga:



Terima kaseh wahai pengirim dari Utara.. Lu buat hari gua bunga-bunga :)


Engkau memang KAWAN NOMBOR SATU .. heee~

Senarai agak panjang untuk perempuan tak ayu seperti aku


Oh! Tajuk senang. Dua benda yang paling penting aku sentiasa remind diri aku kalau nak kelua pergi mana-mana even nak pegi kedai seberang jalan.

  • Purse 
  • Baby E72

Kalau tak bawak terasa macam keluar jalan-jalan bogel naked jer. hoho. Rasa cam ade jer yang tak kena. heh. Iyelah semua benda penting menunjukkan aku warganegara Malaysia kat dalam tuh, buatnya kalau ade roadblock, tak ker pucat muka pak polis pertikai aku takde ic? hoh. NAYA.


Tapi, kalau nak kire keluar dari bilik hostel nak pegi jalan-jalan, aku pasti bawak 4 bende ni

  • Purse
  • Baby E72 dan Torchlight
  • Kunci bilik
  • Kunci kereta

Sikit jer kan? Tapi, kalau aku pegi perfect dating / meronggeng (maksudnya memang dari awal aku dah berseap dan rasa macam spend masa 1 hari suntuk mengedate / meronggeng je kejenye). Aku ade satu senarai panjang sikitlah. Mampu baca? hoh :P

  • Purse
  • Baby E72 & Torchlight
  • Kunci kereta
  • Sweater
  • Deodorant
  • Perfume
  • Pencuci muka
  • Hair moisturizer
  • Lotion
  • Barang makeup
  • Tissue
  • Diary
  • Pen
  • Gula-gula mint

Jangan terkezut. Barang-barang yang aku list down semua tuh muat dalam beg merah aku nieyh.


Agak-agak beg aku berat tak dengan kapasiti barang-barang aku tuh? Heh. Chill suder.. Aku lady GAGAH. haha. lol.

Sunday, March 6, 2011

Benarkah pernyataan ini atau hanya dusta semata-mata?

Perempuan kalau dah jenis flirt, memang selamanya flirt.

Bila dia bosan dok sorang-sorang makan kat cafe, dia flirt.
Bila dia tak stabil emosi dengan boyfriend, dia flirt.
Bila dia takde duit nak bayar lunch, dia flirt.
Bila dia tak tahu jalan, nak pegi tanya direction kat stesen minyak, dia flirt.
Bila dia lapa, dia panggil waiter, sambil order sambil flirt.
Bila dia bosan kawan-kawan semua honeymoon dengan laki masing-masing, dia tak dapat, dia flirt.
Bila dia nampak tukang jaga tol tuh kaum adam, dia flirt.
Bila boyfriend tak layan dia, dia carik adam laen yang available dalam contact list, dia flirt.
Bila kawan-kawan laki try nak test market kat dia, dia flirt.
Bila takde duit nak topup kredit, carik sugar daddy, dia flirt.
Bila bosan-bosan belajar kat library, dia flirt.
Somehow guys, it is the TRUTH. indeed :P



Agak-agak wujud ker kaum Hawa begini sifatnya? Flirty one? I bet so :)

Friday, March 4, 2011

Kita flashback sikit ke tarikh 26 Febuari 2011

Tarikh yang sangat-sangat best!!!! Nak pergi lagi! Nak pergi!


Meh aku story sikit:


Aku amek full package = RM85 termasuk deposit. Memang puas hati. Percaya ar cakap beta..


Minah ni kira macam entertainer Sunway Lagoon ah

Kapal 360 degrees dengan bende alah ala-ala scissors 360 degrees itu sangat-sangat MANTOP! Nak naek lagi! Nak naik lagi.. Plish rakan-rakan or redlulu, kite pegi jum??? :P



Mandi-manda air takdelah syiok sangat. Mungkin kalau dapat wave heaven sikit kuwt. Kalau tak secure badan dengan muka dengan Banana Boat tyme mandi-manda ni, ohoi... bersiap sedia lah menghadapi zaman kegelapan kulit.. huh...


Wildlife boleh tahan lah... Rama-rama tuh.. sentuh guna jari pun boleh.. :)




Maen cawan pusing-pusing aku surrender.... Laju gile sampai perut pun bukan takat rama-rama... Rasa-rasa helang pun berterbangan dalam perut aku tunggu keluar muntah kepininan jer.. huhu.... lomah eden..


Tapi! Dalam banyak-banyak tempat, Sumpah aku tak maw masuk Scream Park lagi. Hampir menangis mengadap hantu-hantu kat dalam tuh. Sampai nak hujung jalan pun si langsuir a.k.a pontianak dengan pocong selambe kejar kitorang lagi... Hoh! Ketaq!!

Overall... puas hati.. Thumbs up SUNWAY LAGOON :)





Peace! :)

Tuesday, March 1, 2011

Keluarga luar biasa




Memang dah bersawang(s) challenge ni. Ikut sukahati aku jer nak update ker, nak off kijap ker, nak sambung ke kan? Blog aku, aku rasa sukahati aku lah kan? Heheh...


Sebenarnye banyak update aku perlu letak selit kat sini tapi.... koleksi gambar limited dan ada technical problems. So, better yet, hold dulu cerita-cerita hot itu. :P


Ok2, malas nak mengarut sebab korang pun malas nak baca kan? kan? hoho~ Berdasarkan tajuk saya diatas, TV show yang sangat-sangat aku ralit melayan adalah : No Ordinary Family.


Ayah : Kuat gile   Emak : Laju gile  Kakak : Psycho gile  Adek lelaki : Genius gile


Cerita sebuah keluarga yang berunsurkan ala-ala The Incredibles, ada superpower semua tuh menghadapi koflik yang macam-macam ada. Cerita ni aku follow since 1st episode kat TV3 tapi sekarang dah lost pulak. Almaklumlah, dok kat hostel. Nak layan TV pun takde nafsu urge.


P/S : Teringin nak berkawan dengan Doraemon. Banyak wishlist tak tertunai lagi ni.. huuuu :)

Alahmak! Macam tahu-tahu jer

Text daripada Puan Rohayah a.k.a ibu saya

"Okay, jangan nakal-nakal"


Ooops! Tak pernah-pernah ibu text ayat macam tuh. Cakap depan-depan pun tak penah keluar ayat tuh. Hurm.. mana tahu akak ada buat naughty-naughty sikit nieyh? Hoho.. Sekodeng yer? Okay-okay! I'll promise I'll handle myself well enough. Don't worry mom ;)

Shareaholic!