Hey! I see you!

The Landlord

My photo
Lewat remaja. Engineer. Ghimau.

Follow me?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 18, 2010

Ini aku rasa. Korang?

Aku sangat - sangat minat dia dulu. Aku obses. Sampai langgan majalah ni. Dulu isi dia laen. Macam - macam benda yang kita tak tahu pasal alam sana disajikan dengan cara ilmiah. Ada yang menggerunkan. Ada yang mengagumkan. Macam Astro, "macam - macam ada".

Dulu



Lepas tu majalah ni dah mula berubah. Mula tukar isi penting. Mula ambil tahu pasal masalah sosial. Mula cakap pasal Black Metal, Freemason, tangkap basah sana - sini, video porno 'baek punye' dari setiap negeri. Tak tahan, pasal artis pun kadang-kadang terselit jugak. Eysh! Macam-macam.

Dulu
 
Minat aku mula pudar. Malas nak baca dah. Semua benda ni rasanya bersepah kat paper. Tak suke lah baca benda yang rasanya tak perlu hurai lebih-lebih. Tak nak tahu sangat pun pasal pelacur gaduh dengan nyah lah. Siap balas-balas carut-maki pulak edisi bulan depan. Nonsense.

Aku STOP baca. Tapi harini aku lepak umah makcik aku kat Jenderam Hilir, rupa-rupanya dia pembaca setia majalah ni, aku bosan-bosan terbaca jugak.

Eh! macam dah bertambah menarik pulak. Contoh: perihal di sebalik kes bunuh keluarga sendiri. Sampai 3 cerita berasingan di bawah kategori yang sama majalah ni hurai dari A sampai Z.Rasa - rasa kat dalam surat khabar tak lah terperinci sangat macam dalam majalah ni. Rasa takut sambil baca majalah ni timbul balek. Nice!



Rasa puas hati. Kes-kes alam kat sane pun macam menarik. Macam ada yang tak pernah dengar. Tak tahulah sebab aku dah lama tak layan atau memang majalah ni da berwajah baru.

Tapi ramai jugak macam was-was dengan kisah-kisah "pelik tapi benar" Mastika ni. Sebagai bahan bacaan tambahan, apa salahnya kan? Masing-masing ada rasa masing-masing.

Eye bag muncul sebab Mastika. Agak-agak berbaloi tak? :)

6 comments:

AWI said...

Mase kecik dulu mak aku slalu beli majalah ni suruh bace. Lepas dah muncul iklan kesihatan yang bukan-bukan, mmg tak dapek lah buku ni masuk rumah. Nak baca depan family pon mcm segan. :P

butterflyana said...

That's right!
Dulu pun i minat baca mastika ni..serius best!
tapi makin lama makin melupai majalah kecil ini sebab makin banyak dah magazine yg lebih urban di pasaran..

hee

Ari said...

Kau bajet kalau baca mastika tu leh keluar soalan final dari mastika ke?

heh.:p

Wan Gerrard said...

Hmm tak baca sangat sekarang, tp bagus la membaca ^_^

eeqa~ said...

awi : hehe.. segan eyh? sorok2 r baca.. baru mencabar.. haha

butterflyana : yeah! bese r tuh.... tapi kan.. kawan i kata,kadang2 bile kita dah bese dgn benda baru, kite busan, akan berbalik pada bende lama balek jugak..hee

aryana : haha! agak2 seventeen ko tuh keluar soklan final ker? ngeh ngeh

wan gerrard : betol! mmg dah dilupakan pun skang. ape salah create minat balek kan?kan? ;)

Ari said...

terbaekk kau tembak aku ye? tapi aku takler obses. :p

cover bulan ni muka selena gomez lagi! :p

Shareaholic!