Hey! I see you!

The Landlord

My photo
Lewat remaja. Engineer. Ghimau.

Follow me?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 30, 2010

Yeah! Congratulations!

Congratulations Ahmad Ammeir (adekku yang bajet macho)! For getting 4flat in your PSPM (for those who didn't know, it is a short term for final exam at Matriculation level). U beat me. hoho...


Jika anda nampak gelembung aneh, sila jangan baling laptop anda kerana beliau tidak bersalah. Kerana itu betul-betul kejadian. Bukan Coooobaan...


This week claim your present ya? (p/s: jangan mintak psp sudah! xbox ker.. Memang bagi makan selipar nanti...) teehee~ :)

Peace!

Demam Shout Awards!

Tak nak cerita pasal Shout Award pun. Saje je letak tajuk ala-ala artis. Tapi kan aritu I dapat tengok Shout Award edisi ulangan separoh jer. Naseb baek puas hati dapat layan Mizz Nina dengan GBC malam tuh. Tapi macam palat jugaklah tengok tv kat hostel kan? What do you expect? Takat tengok bijik-bijik putih hitam kat skrin tv plus bunyik zezezezezezezze..Memang pasrah jer lah.. Macam duduk kampung pulak I rasa, Hoho..


Fazura yang kalah dengan Scha untuk pilihan Hot Chick. Kechiwa giler. huu..

Anyway skip benda ngarut merapik kat atas tuh. Meh sini dengar meh. I dapat Award. HAHA. First time lol. So, I memang tak taw nak react macam mane kalau dapat award ni. Mari kita layan..




Zasss......


Anyway, mula-mula sekali banyak-banyak terima kaseh I ucapkan kepada Mr. Gerrard yang sudi menganugerahkan saya Award yang I tak taw ade kena mengena dengan I ataw tidak. huhu. Thank You Gerrad (bukan Gerrard Way pojaan hati ku itu yer?)


Macam biasa I usha-usha blog otai-otai termasyhur, Selalunye satu-satu award tuh akan diselitkan dengan soalan-soalan membunuh. Mari kite lihat I terbunuh ker tak? ngeh ngeh.


Kenapa anda suka berblogging?
Sebab I rasa benda tak bernyawa macam blog ChantekManisKijam ni merupakan medan terbaik I lepaskan kegeraman, kepalatan, kejiwangan, kemurungan, kegirangan dan lain-lain. (Amacam? Skema tak ayat I. Tabik Spring satu!!!)


Kenapa nak tarik followers? Anda superstar ke?
Aik? I tarik followers? Kalau I tarik followers, dah lama followers I terkumpul sampay berjuta-juta lemon. Ofcourse my nuffnang dah terkumpul sampay boleh buat stok kahwin. Betol tak? Betol tak? Betol tak? kikiki.. Takdelah, I believe semua followers I memang ikhlas nak ikut I. Melainkan rakan-rakan rapat I yang memang I paksa follow I. Haha....... Takdelah. Joke.


Cerita sikit perangai anda.
Ups! Kena cerita lagi? Urm.... I rasa 25 things-about-me in my previous post dah selamat cerita macam-macam pasal I. Briefly, I just boleh cakap, I seorang yang sombong untuk orang yang tak kenal I tapi once dah kenal, mesti I yang jadi mangsa bulian orang.
Sob Sob.. Betol... T.T


Best tak dapat award? Excited maybe?
Mestilah excited gitu! First time tuh dapat award. Lagipun, Superstar weyh. Macam lagu SuperGirl by SuperJuniorM kat bawah ni. heh.




 Pernah tak terfikir nak masuk magazine A.K.A me-war-warkan blog anda?
Boleh jer kalau ade yang sudi dimana I rasa sepuloh taun lagipun takkan masuk punyelah blog nieyh dalam magazine. Maw pengsan separuh hari kalau masuk. hoho~


Saya tag 3 org rakan saya untuk terima award nie pulak
Oh! kena tag orang laen pulak yer? huu~ My superstars are :



Cheers! :)



Saturday, November 27, 2010

Jenuh mencarik....huuu... akhirnya jumpa jugak! :)

Kerana Baby ku yang ala-ala limited edition dan tidak menjadi tarikan orang ramai ( iya! saya suke bile barang-barang saya orang laen tak minat. keh keh ), jadi casing ala-ala stylo mylo macam Blackberry dengan Iphone poojaan ramai orang tuh takde keluaran untuk my little E72.


Jenuh mencarik dari satu kedai ke satu kedai. Tukar daripada casing yang sangat-sangat basic ala-ala kondom silicon putih tuh, up sikit tukar casing satan bertanduk dua ( kunun-kunun untuk self-protection ah. pfft. ). Then sekarang baru jumpe idaman hati nombor dua - Pink Gedik Edition. :)


Nak tengok? Meh saya jamu mata anda sikit meh. heheh.. ( mode Rapunzel - ala-ala gadis sikit.. ngeh ngeh )

Pandangan hadapan. Jam sebagai warna tambahan hiasan okeh. Baru beli jugak. Jam kapel dengan roomate.. HAHA.

Pandangan belakang. Semat kan? Semat kan? Ngeh ngeh.Semat sebab bende nieyh murah kut. Takat RM13 jer.. Berbaloi-baloi~

Pasan tak ayat saya kat atas tadi? Idaman hati nombor dua? Kenapa nombor dua eyh? Sebab... Pilihan hati nombor satu saya tak jumpa yang betol-betol lekat kat hati nieyh. Sume design ala-ala sipi-sipi jer. Tak nak lah bazir duit kan? huhu~


Nanti saya dah bosan layan si gedik ni saya teruskan usaha mencari idaman hati nombor satu saya eyh?


Taraaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Bling-bling bedazzle-bedazzle pojaan hatiku selamanya.. :)

Sesape ada jumpe untuk stok E72 yang ala-ala menarik. Tak maw serabut sangat. Tak maw pale sangat. Nampak ala-ala berpatutan gitu harganya, let me know ya??? Cheers!

Tuesday, November 23, 2010

Berbelah bahagi

Isu: Krisis perhubungan.

***

Kawan aku pernah kata:

bear in your mind

kite pompuan bukan the side yang akan buat keputusan

yang membuat keputusan adalah die

apa2 jua keadaan they expect us to understand

MEMAHAMI

da mcm org bodoh pon ade jugak rasenye

***



Betol ker kite orang perempuan tak boleh buat keputusan? Lagi - lagi berkait dengan relationship. Macam sucks kan? Macam tak adil.


Tapi kan, tapi kan... Nampak tak ayat last tuh? Dia sedar jugak kan macam bodoh gak kan kalau kaum Hawa buat camtuh. Ikut jer. Macam lembu dicucuk hidung. Tapi die tegakkan jugak benang yang basah tuh. Ape kena entah. kikiki


Tapi, aku rasa zaman sekarang dah berubah. Tapi berubah ada batas. Bukan semua benda berubah kite terima bulat-bulat ( Macam kejadian COMOLOT itu ). Sekarang pemikiran lelaki dan perempuan masing-masing boleh diterima pakai. Takde diskriminasi gender lagi yer sekarang.


So, lepas ni kalau lelaki ker perempuan yang mintak clash, sila jangan pandang serong yer? Mereka ada sebab tersendiri. Serious!

Betul cakap Maria!

Betul cakap Maria! TeacherShida rocks! Sporting gile. Like Maria said, "Everybody have their own unique way to have fun". I think what TeacherShida did here is pretty cool duhh.. Way cooooool..


Who is she?

video


She disabled the embedded code. So, I have to download it myself and kindly upload it here. I nak jugak share. Tak kira! lol. It is fun thou especially to those to currently seating for final exam or the scary SPM. (kind of release tension kit)


Want more? Click HERE :) Or just use your Google Search Engine (Ayat taknak skema lagi) find it for you.

Besides her, Anas Tahir pun cara jugak. Did you ever heard his name? Rugi sape tak penah layan lagi. 


Psst! 2 posts in one day? HAHA! Sorry.. kinda into sharing maring mode. Enjoy!

Rambut itu Mahkota Wanita

Another 3D movie I am thrilled to watch !



What?
Tangled (Rapunzel) . Say what? I tengok cartoon kat cinema? Ohmaigosh.. First time I layan cartoon kat cinema puwn kat Mid Valley time tuh. Itupun dengan budak-budak lelaki lead by Incik Ruzaini yang cam har tak nak bagi perempuan cam I tengok cerita pelik-pelik. Ade plak diorang bagi tengok cartoon? Chaih. Tertido I. Serious. Tido.


When?
5 December 2010 - Wink wink wink wink ^.^ ( Saje buat bunyik ala - ala comel. Jangan tanya kenapa )


Where?
KL of course. The real venue is not confirm yet. Yang penting supply 3D glasses. Hoho


Who?
With makcik Ellisa ! Warkh! Nak pau dia lah sempena birthday I. ( Ececeh .. Dan-dan nak annouce birth date sendiri kan? Biasalah masuk bakul angkat sendiri. Itu normal. )


Psst.. Aryana! Wanna join us? Tak ajak kang, merajuk pulak. keh keh



Note : Sorry. I did privatized my blog for 1 day because of one stupid personal reason. Ups! facebook too. Deactivated. Don't ask why or else you could hear me sounds like makcik annoy membebel panjang nanti. But anyway, the twitter and IM still rocks! :)

Sunday, November 21, 2010

PILIHAN ANDA (Edisi 6)

What kind of place would you prefer for your perfect date?


Beach?
Shopping mall?

Playground?
Zoo?
Theme-park?

You know what? I am thrilled to go to Genting Highland Theme-Park again. But, of course not with my family this time. If the boyfriend could not accompany me, with friends ok what? Maybe better with them? Who's with me? Blink you eyes! HAHA ;) 


Oops! By the way, do you have any better ideas? Camon, Sharing is Caring~ :)

Friday, November 19, 2010

It is good to learn from mistakes

In the mood for Loba Loba.

Haha. No lah. Just wanna share some food for thoughts about sweet little thing maybe we left behind some time. So, Lets do us a favor. Refresh your mind and let the flashbacks begin. :)

Cute kan I masa kecik.kecik? teehee..

Friendship
A friend is someone, who upon seeing another friend in immense pain, would rather be the one experiencing the pain than to have to watch their friend suffer. 

Love
We are all a little weird and life's a little weird, and when we find someone whose weirdness is compatible with ours, we join up with them and fall in mutual weirdness and call it love. 

Break up
I believe that everything happens for a reason. People change so that you can learn to let go. Things go wrong so that you appreciate them when they're right. You believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself, and sometimes good things fall apart so better things can fall together. 

Hey! Genap tiga bulan :)

Others may say , the passed is passed. Don't ever bother to look back. It will just hold you back and never let yourself moving on to get a new better life.

Instead, if we careful see our previous life, yet full of amazing experiences for both good and bad, we can see our life through a different angle and learn from the mistakes we have done before.

 
"Without pain, there would be no suffering, without suffering we would never learn from over mistakes. To make it right, pain and suffering is the key to all windows, without it, there is no way of life." And guess who said those freaking reality quote? The gorgeous Angelina Jolie.

Happy always. Cheers :) 
 

Thursday, November 18, 2010

Alone

Dear Diary,

I don't want to be alone, I want to be left alone. 




End.

Perantau Nun Jauh di Selatan (Edisi 2)

Dulu-dulu I penah kena cop Minah Pos. Kenapa eyh? sebab I selalu dapat hadiah, goodies, cards daripada parents I through Pos Laju. So, Banyak-banyak kredit I bagi kepada abang, pakcik, akak (macam tak pernah jumpe awek posmen jer.. hurm?), brader yang sudi jadi wakil my mum bagi-bagi barang kat I nieyh.

But, this time is different. I want to dedicate a Special Thank You Credit to my none other than my kind-hearted (bagi puji lebih-lebih sikit) roomate dearie for becoming my minah posmen this morning. \[^.^]/

Sayalah Cik Zana yang meletop tuh

She brought me:

 Rendang Ayam Ibu, Sambal Daging Tok Yah tapi Ibu yang buat, Sambal Kerang Pedas Berapi Makcik Syazana. (Bukan megi jer boleh maen api-api ni. heh)

Ups! bukan itu jer taw? Hihi.. Lagi buat I rasa gumbira bunga-bunga di hati bile mak I called pagi tadi siap tanya "Dah carik-carik korek-korek plastic bag tuh carik treasure hunt belum?". I pun kind of blur (baru bangun tido katakan. Sambil kesat-kesat taik mata yang tak nak berpisah langsung dengan mata), pegilah usha plastic bag.

Guess what? Senyum Girang! :D



See?See? Dapat Pringles. Dapat Dark Chocolate (tahu-tahu jer ibu stok Dark Choc akak dah abes kan?). Aip! ape jeling-jeling bende chomel color purple tuh? teehee.. Itulah treasure hunt I yang paling berharga. Dapat ANGPAU! Even sampul Deepavali bukan sampul AidilAdha, I layan jer. No hal lah. Janji poket masyuk.. hihi.. (tanda-tanda perempuan materialistik. keh keh)

Psst.. Nak selit satu cerita lagi. I malas nak buat post baru. Maybe senyum girang hari ini hasil I buat baek kat 2 orang jejaka pagi tadi kut. Meh I cerita sikit;

Mereka bukan GAY
Nak dijadikan cerita, pukul 2.30 pagi Zana text I suh pickup dia kat Sri Putri (kepada yang tak tahu tuh. Sri Putri = tempat bas ekspres turunkan penumpang). Bile I sampay, I nampak die borak dengan seorang jejaka pakay short sambil layan asap. I pelik. Setahu I, dia takde pakwe. Kah kah! Sorry Zana. Saje bersikap kijam mengutuk ko kijap. Zana nampak I, terus die datang kat I.

Zana : Weyh, nak tolong orang tak? Boleh tolong hantarkan budak tuh tak? Macam kesean jer. Dia kata die tengah tunggu kawan die, Kawan die jalan kaki dari UTM ke sini. Dia kata lah. Aku pun tak tahu betol ke tak. HAHA

I : Erkk? Jalan kaki? Gile kental? Jaoh kut. Panggil lah die datang tumpang. Budak UTM gak kan? Lepak r. Pagi-pagi buta haram ape jalan kaki? Gile lah.

Zana: Okeh. Aku panggil die.


Mamat 1: Eyh. Susah-susah je. Tapi membe dah on the way. Membe baru seberang highway tuh. Kire pickup membe die kat situlah.


I: Okeh. No hal. (Dalam hati terdetik lagi . Serious jalan kaki? Eysh)

Long story short.. semua selamat sampai hostel masing-masing.. Mula-mula nak tumpangkan chuak jugak. Mana taw die bukan manusia ker ape ker. I seap tanye lagi "Weyh! ko manusia kan?".lol. I seap suruh Zana check kaki die lagi ade ke tak. HAHA.

Baek kan I? Baek kan? I da cakap. I tak kejam mane pun. Hati maw jaga juga maa. :)

By chance, I support Kempen Anti Remaja Biadap! Check it out

Wednesday, November 17, 2010

Genie #3

Thank you Genie for granted my wish #1. :)


After all, I have another wish. Eysh! mengada kan? kan? Did you recognize this cutie? I think it will be one of my great collection as the combination will be :




Fedora + Rambut Serabai = Cool huh?

Psst! Tak sabar nak shopping! Hohohoho~

Perantau Nun Jauh di Selatan


Dah pukul 8.30pm. Hurm... Macam dah takbir jer.. Tiba-tiba mesej masuk. Eyh? Ibu mesej! :D *senyum girang*

"Salam Aidil Adha, dah masak rendang dan rebus ketupat.
Ha.. ha.. Dua orang anak ibu kat luar negara. Ibu Rindu.."


Adoiysh.. Awal-awal tak terasa sendu perantau plak.. Alih-alih dapat SMS terus dupdapdupdap jantung rasa nak pecah sebak di hati. Kebetulan I dengan adek tak balek beraya tahun ni. Perli nampak cakap kami di luar negara. Hoho.. Rindu rendang ibu!

I ingatkan Raya Korban sebagai perantau takdelah feeling mana. Tapi adoiyai! Lagu Raya berlambak-lambak pulak didendang-dandungkan kat radio buatkan mata nak bergenang-genang pulak macam tengok cerita Armageddon. Eysh! Susah betol jadi perempuan. Meleleh jer reti. HAHA!

Kenapa I tak balek eyh? Antara alasan-alasannya:

1.Nak naek bas, memang tak larat lah tido 4jam lebeh-lebeh dalam tuh.

2.Nak naek kereta, lagilah tak kuasa nak tekan pedal minyak lama-lama. Tempuh jem lagi.

3.Nak naek kapal terbang, fulus halang pulak. Hoho.


Okeh! Nak tido. Esok hajat nak tengok lembu tumbang. Harap-harap sempat tengoklah. heheh.. Kepada yang mampu Solat Raya tuh, sila-sila lah tunaikan yer? Later~

:)

Monday, November 15, 2010

Yeah! Ape kata Anda?

Credit to Aryana ! :)

KLCC ke aku? BODOH!


comparing...... hurm... no komen



Macam New York bhai! :P

Sunday, November 14, 2010

Perlu ke?


Aku rasa semua orang nak letak entry emo harini, Muahahaha (gelak jahat!). So, aku nak join.

Malam tadi aku dengan empat dara pingitan lepak maple pukul 12.30 sampay pukul 4.00 pagi. Biasalah.. dengan pengaruh asing asap shisha dan rokok yang YUCKS baunye itu, kami pun melong-melong borak-borak pasal isu semasa. Bukan pasal AC Mizal, bukan pasal Dr Fazley, bukan pasal Nabil & Irma, bukan jugak pasal minah Saga. :D

Borak punye borak terkeluar cerita pasal status EMOan. Aku just wondering, perlu ker kite express feeling-jiwang-karat-lebih kat YM dengan FB status? Okeh! fine. Aku paham ade jenis orang macam tuh.. Tapi YM kuwt.. FB kuwt.. Benda public. Semua orang boleh taw. Kalau blog, atleast bila kita bukak blog orang tuh, baru kita taw alkisah-alkisah emo-emoan pihak beliau kan?

Ni tak.. Asal aku bukak YM jer.. pop up lah status macam-macam. bak kata cik sarah, macamlah die sorang jer ade. Orang lain pun adelah.

miss you ____ (isi tempat kosong) veeeery much

sayang _____ (is tempat kosong sendiri) sangat3x


I love him .. muaah!

love you very much _______ (nak kena ulang ker? isi sendiri)


and etc.


Okeh, aku taw.. memang kadang-kadang orang kemaruk bercinta. bukan takat ANGAU jer.. ni dah mabuk habes. Sehari tak pandang muka via live broadcasting tak bole. Wajib tengok! Kalau tak tengok BERDOSA. Omaigosh. Tapi kan.. berpada-padalah.. takkan nak bagitahu semua orang ko tengah beromantika bercengkerama dengan si dia. Orang laen tak nak tahulah. Banyak benda lain boleh pikir.

Aku mengaku aku pun penah jugak buat status cam har kat YM ala-ala macam tuh. Tapi bile aku pikir-pikir balek. What's the point. Ko nak bagitahu semua orang kat frenlist YM ko tuh ko tengah HOT-HOT bercinta? Tak payah susah-susah. Takde orang kesah. So, aku stop buat bende BODOH macam tuh. Harap-harap aku istiqamah lah yer. So sekarang kalau ade makhluk-makhluk terasa di hanjeng ups terkasar diperli oleh aku, sila renung-renungkan ayat aku balek yer. Mana taw ada yang betul ada yang palat.

Okeh! Tutup cerita YM. Ni kita bukak pasal Facebook. Aigoo! amma! appa! Help me... kalau aku bukak Home tuh, rasa macam pakay bulu mata palsu Rozita-rampas-Shahir-aku - berbulu jer mata aku tengok status -komentar2 tuh. hurm.. meh aku bagi 1 contoh :


 Image removed :) For everyone's good sake



Ehem! public okeh. Kalau awak nak bercintun gunelah sms ker, calling-calling ker, webcam ker, ym ker, skype ker,even kalau nak guna facebook pun, thru message pun boleh kan? Hurm.. Tak tahulah...

Aku harap aku takkan jadi macam ni. Manalah kita taw kan? Future. Berdegar-degar tegor orang laen, sendiri buat palat, Ape cerite? Chaiss! Maw makan selipa ka?

Sendiri maw ingatlah..

Cheers! :)

Saturday, November 13, 2010

Surat Layang Bakal Bapak Mentua Kerja Mafia kepada anak perempuan die punya Pakwe

First time aku letak tajuk entry panjang gaban. Sajer nak poyo-poyo semakkan page sesape yang linked aku. *neway, thanks kat engkorang2 yang susah payah linked aku. Mucho Gracias! :)*

Ini aku baru baca dari blog AnisIzaty yang tersangat-sangat awesome+sporting bagi kebenaran kat aku untuk share post die. Mmuah darl! Macam biasa, tagline : Sharing is Caring~ ececeh..


_____________________________________________________________________

Kepada BF anak aku,

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah.

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber'dating' ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks 'selamat' yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: "Awal."

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak babi hutan kat situ. So, kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas "saya datang antar anak pakcik". Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yang sengaja menakutkan, Bapak Kepada GF ko.

_____________________________________________________________________

Berapa banyak rules daa~ heheh....

Pssst...Amacam bro? Ada berani ngedate anak mafia? keh keh..

Friday, November 12, 2010

Entry Matang duhh

LOL! Entry Matang? Hoho... Yelah.. I kena tag dengan Cik cindir pasal kawen-kawen pulak. Adoisyh. I memang payah nak jawab-jawab soklan macam nieyh.. Hehe..just because she's one of earlier bloggers I've known since, i buat jugak.. heh :) So, demi Cik cindir-rela.

pingu.. pingu.. chomel! :)

Okeh.. here the questions..

1.HOW OLD ARE U?
Will be 22 this becoming 5December

2)ARE U SINGLE?
Erm.. Shhh!! Nope at the moment

3)AT WHAT AGE DO YOU THINK U'LL GET MARRIED?
Late 20s. around 27 or 28. Is it okay?
Hihi.. I ada banyak goals nak achieve.
Lepas kawen, kena limit macam-macam bende.

4)DO YOU THINK YOU WILL BE MARRYING THE PERSON YOU ARE WITH NOW?
Oops! Alamak! erm.. erm.. erm.. Hopefully r.
If not, what on Earth am I get into a serious relationship aite?

5)IF NOT, WHO DO YOU WANT TO MARRY?
HAHA! the next boyfriend or the next one or the next-next boyfriend.
Last choice, it will be m mom's pick. She promised me. :)

6)WHO WILL BE YOUR BRIDEMAID AND BESTMAN?
bestman : my bestfriend kut. HAHA! Abeslah kau zai. Tapi.. kalau die da kawen dulu, which he will be, my ex boleh tak? muahahaha

bridemaid : kalau letak bridemaids boleh? 7 orang (6 dynos plus Aryana)

7)DO YOU WANT A GARDEN OR BEACH OR TRADITIONAL WEDDING?
dream : beach / garden wedding. (mengada ala-ala matsaleh sikit)

but..

the reality will be a traditional one of course. Mana boleh derhaka kat orang tua. Berdosa!


8) WHERE DO YOU PLAN TO GO ON HONEYMOON?
Plan? hoh! tak pernah pun nak plan mana-mana.
Tapi nak tempat yang sejuk-sejuk lah. Nak demand Aussie jelah.

9)HOW MANY GUEST DO YOU THINK U WILL INVITE?
The list is in my mom's head. Ask her.

10)WILL THAT INCLUDE UR 'EX'ES?
Of course. I say NO to racism. HAHA. Tak kesahlah.

11)HOW MANY LAYER OF CAKE DO YOU WANT?
I tak makan cake. So, let my right guy make his decision lah.

12)WHEN DO YOU WANT TO GET MARRIED? MORNING OR EVENING?
Gulp! erm.. erm..
Evening r.. I am not a morning person I guess. keh keh..

13)NAME THE SONG/TUNE U WOULD LIKE TO PLAY ON YOUR WEDDING DAY?
Song? Hurm.. I suke clubbing-type-of-song tapi melampau lah nak joget-lambak bagai kat wed sendiri kan? hoho~ I tak demand lebih, letak lagu I dengan Mr.Right Guy same-same dengan slide presentation boleh? haha. Romantik gitu.


14)DO YOU PREFER FINE DINING OR JUST FORK AND SPOON? KNIFE?
Fine Dining if it is involve all guests including those whom I don't know.

But, I prefer BBQ Night if it is only for close family only. Sempoi kan? :)

15) CHAMPAGNE OR RED WINE?
Air Laici boleh? Favourite! hoho~

16)HONEYMOON RIGHT AFTER THE WEDDING OR DAYS AFTER THE WEDDING?
Days after the wedding. Banyak bende kena packing okay, plus penat duduk-kebas-bonbon atas kerusi pelamin agy. hee..Tapi bukan weeks okay.

17)MONEY OR HOUSEHOLD ITEMS?
Household Items. But, our choice. Not one-side party choice. Kijam sikit.
Tapi, nafkah bulan-bulan jangan lupa! Tamak2!

18)HOW MANY KID WOULD U LIKE TO HAVE?
HAHA! Gilelah soalan nieyh makin layan, makin makan diri.
Urm.... Ntoh.. Urm.. 4 okay kuwt. Sedang-sedang saje.. huu

19)WILL YOU RECORD YOUR HONEYMOON IN DVD/CD?
Nak! Lagi-lagi tyme muka pucat terjun Bungee Jumping. Cam cara jer.. teehee

20) WHOSE WEDDING PLAN U WOULD LIKE TO KNOW NEXT?
Wow! nak serang sape yer?hee
Wajib jawab okeh. :)

Zai!
Aryana!
Ellisa!
Diana!
Maria!
AnisHaha!
AnisIzaty!
Wiwie!
Moumo!

Thursday, November 11, 2010

Ada berani?

As I already mention before, I memang seorang yang panas baran when it comes to 'driving' issue or any related. Pagi-pagi I da bingit dengat omelan Cik Ellisa pasal sekor Saga yang Haram parkingnye.

I memula buat dunno jer. Iyolah.. Tak mengganggu hidop I kan? Selfish kan? kan? kan? Heheh~ Itulah .. Pentingkan diri sendiri lagi.. Padan Muka. Allah bayar CASH. huhu~ Pas balek dari Car Wash tadi, I carik parking, tup-tup ada kosong. Yes! But Hell No! Sekor Saga menghalang laluan Avanzaku untuk tunjuk pro parking reverse. Keh keh. Syot punye kereta.. Hati panas..

Ape lagi.. balek bilik, berbekalkan sokongan padu Cik Ellisa, I karang surat cinta BAEEEK punye saiz kertas A4.

Tapi, sebelum tuh, I nak citer sikit ciri-ciri Si Saga itu:
  • Besar, lebar, berkilat-rasa-macam-nak-kikis-body-die
  • Parking jauh sebatu dari divider (Kalau korang terasa tak jaoh lepas tengok gambar, itu hanya ilusi optik. Hoho~ Serious! In real, memang tak patut. Jalan dua lane terus jadi 1 lane. Belom campur ade kete yang men double park tunggu-tunggu awek hot pants kelua agy. Huh!)
Boleh bayang? Meh I bagi gambar sikit. Bonus surat cinta sekali! :)

Awak actually pass test driving ker tak kak?

Nampak bende putih tuh? Itulah surat love-love special daripada I :)

Macam bese.. I suke zoom-zoom kan untuk tatapan korang nieyh .. teehee..

Amacam korang? Berani idak bagi surat cinta kat orang asing-tak-dikenali macam I? hehe~

Wednesday, November 10, 2010

Senyum Pagi :)

Bangun je pagi-pagi terus senyum simpul .. :)

Bukan sebab dapat mesej daripada tuttt............

Bukan sebab ada orang nak belanje Gen 2 kuning (Ups! TERdemand plak)..............

Bukan jugak sebab makanan tetibe terhidang depan mata......................

Tapi sebab ....



Perasan tak ada a little something merah-merah kat situ? hehehehe~ :)

Mari kiter ZOOOOM IN.........


Mak I chomel ker I yang manje? hehe~

pee ass: I yang paksa mak I post good luck card for Final since I was in boarding school :). So, again.. Mak I chomel ataw I yang manje ataw I yang kijam? HAHA!

Sunday, November 7, 2010

Sob Sob (T.T)

Tiba-tiba nak mode homesick kan? hu~

~HAPPY 21st ANNIVERSARY IBU AYAH~

We LOVE both of u sooo much..

Nothing much to say.. (takut air mata meleh tak henti-henti kang).. huhu..

Ibu.. [Puan Rohayah]
Rindu Rendang Ayam ibu..
Rindu Sambal sotong ibu..
Rindu Nasi Ambang ibu..
Rindu Sambal Goreng Jawa ibu..(aik? makanan jer i hengat? chait!)
Rindu kePOYOan ibu..
Rindu garang ibu..
Rindu bebelan ibu..
Rindu nak buat tag-team dengan ibu kondem ayah..
Rindu..............

Ayah..[Incik Hassan]
Rindu Myvi akak yang ayah pinjam tuh..(aik? lari feeling plak.. hehe)
Rindu nak kena pujuk dengan ayah pas ibu marah akak..
Rindu nak panjat pokok kelapa bantut ayah..
Rindu nak merungut panas berkebun dengan ayah..
Rindu nak mengada panas basuh-polish kereta dengan ayah..
Rindu maen rebut-rebut remote Astro dengan ayah..
Memang rindu..................

oops! jangan lupe celebrate your annie with an awesome candle light dinner. I force you to :P

Saturday, November 6, 2010

Bila si tudung labuh..................

"Bila si tudung labuh, budak sekolah agama, ikot usrah, berubah perangai: Mereka manusia, bukan malaikat, bukan maksum"

Tajuk artikel nieyh memang sangat-sangat menarik minat aku nak baca. sangat-sangat betul ape yang disebarkan oleh Ukht Fye Fasihah yang sebenar-benarnya dibebelkan oleh Hilal Asyraf.

Bagi aku, sekeras mana pun hati korang, pasti akan tersentuh jugak kalau baca essay-panjang-berjela-tapi-sangat-bermanfaat ni. Lagi-lagi kalau korang experience bende yang sama. Sama ada sebagai watak utama atau sampingan.

"Renung-renungkan dan Selamat Beramal :)"

***
Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekas pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.
Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.
Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.
Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.
Apakah pandangan anda?
Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?
Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata
Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.
Betul kan?
Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.
Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?
Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.
“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”
“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”
“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”
Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.
Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?
Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.
Saya suka bertanya.
Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?
Tiada siapa menarik mereka
Kita selalu kata begini:
“Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”
“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”
Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT.
Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.
Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.
Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.
Kesilapan kita, adalah di sini.
Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.
Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu
Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.
Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.
Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya.
Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.
Jadi, apakah sikap kita?
Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?
Mereka butuh manusia yang memahami
Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.
Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.
Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?
“Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?
Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.
Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.
Ini masalah kita.
Kemudian kita salahkan dia.
Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.
Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul.
Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?
Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?
Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?
Yakni tegur, dan pimpin mereka.
Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.
Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama
Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”
Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka.
Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.
Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?
“Dia kan budak agama, dia mesti faham”
Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.
Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?
Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%?
Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.
So, macam mana sekarang?
Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.
Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan
Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.
“Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?
Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”
Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.
Kemudian, tegur bukan sekali.
Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?
1. Kamu mati.
2. Dia mati.
3. Matahari terbit dari barat.
4. Dia berubah.
Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.
“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.
Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.
Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.
Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.
Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.
Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.
***
bukan niat untuk plagiat hasil karya orang lain, hanya berkongsi rasa. :)

Tuesday, November 2, 2010

Terharu?

Ehem : Hafal lagu 150 juta?

Me : Yup. Kenape?

Ehem : Gua petik lu nyanyi nanti, on?

Me : Gile? Tak maw! Suara aku sumbang.

Ehem : Penat aku training. Seminggu lebih kut.

Me : Alah.. (rasa bersalah)

Ehem : Maw lagu ape birthday nanti?

"MAW LAGU APE BIRTHDAY NANTI???????"

Omaigosh! (kembang-kempis idong...teehee) Lama lagi kuwt birthday aku. Boleh pulak die nak bagitaw die nak dedicate lagu time birthday nanti.... Boleh pulak die suh aku demand lagu plak tuh? Hu... TERHARU GILAK!

Tak maw demand lebih-lebih. Aku demand lagu 'More than Words'. Style kan? :)

Shareaholic!