Hey! I see you!

The Landlord

My photo
Lewat remaja. Engineer. Ghimau.

Follow me?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 21, 2017

Invitation Cards | Countdown to #maeleeq

Post kedua for to day! KPI one post per month. Ni da terlajak March, kita balas sekali banyak hihi.

Kad jemputan.

Oh nak bagitahu awal-awal.. Ni bukan pasal kad kahwin taw. Ni pasal kad notifikasi untuk menjemput Pengapit, Dulang Boys & Gegurls~ Tujuan? Nak guide diorang on the attire and untuk booking diorang siap-siap untuk majlis nanti. Disebabkan aku ni macam ade minor OCD sikit. So, kalau benda-benda macam tak sync, nanti hati ada sikit itu rasa kelat lah. huhu..

Merepek or leceh eh? Nak wat cane.. Aku memang suka buat-buat2 kad ni. Tapi kreatif ke idok, tak tahulah.. yang penting SUKA :P

1. Kad untuk pengapit (i chose my lovely cousin.. huuuu):


2. Kad untuk Dulang Girls 

I chose my favourite girls. Tapi ada changes sikit. Ada dua orang tak dapat join sebab tuntutan kerja and sorang lagi maybe dalam pantang time majlis aku. LOL. Lucky me, I have my school bestie (hubungan aku dengan diorang ni pelik sikit, Kitorang jarang borak even dalam WA, sampai setahun kekadang tak dengar khabar berita, tapi once jumpa, terus "click"! takde awkward2.. Awesome gila!).


2. Kad untuk Dulang Boys 

Ni pihak lelaki pilih calon-calonnya. Aku cakap syarat dia, ada sikit jambu pon jadilah. Jangan muka rempit sangat. HAHAH. Tapi kad confirmlah aku yang design tapi En Mael ade komen-komen lah.. demand plak zzzzz



Benda ni tak wajib pon.

Saje suka-suka nak ada memory. Bila lagi boleh gedik macam ni kan? HIHI..

Okaylah.. Cukuplah setakat ni.
XOXO

Pelamin | Countdown to #maeleeq

Hai.. Lamanya tak update.

Topik : Pelamin.

Disebabkan aku own Bridal Boutique, I have the luxury to play around with my mini toys lah. Aku punya butik takdelah seGAH @melur_putih or any other wedding planner, tapi bolehlah daripada takde. baru berjinak-jinak katenya.. hehe.

Ciri-ciri pelamin yang aku nak are:

1. Minimalist (sebab aku nak bawak balik kampung by myself)
2. All white (sebab aku malas nak color pelik-pelik and senang nak mix match baju sanding LOL)
3. Takda banyak extra decor pelik-pelik (sebab family aku besar.. kang nak tangkap pic sesama tertendang sana sini barang, sempit lah.. buat pasal)
4. And di sebabkan I ni orang kampung, aku plan nak buat pelamin bawah canopy. Senang. Sekali jalan nikah lepas tuh jadi port tangkap gambar :P (2 in 1).

This is my current perfect idea. :)
Contoh2 design yang sangat aku berkenan.. SIMPLE MINIMAL. hewhew~
Kerusi dengan kepok2 je.. maybe kepok2 tuh aku minimal kan lagi... kalau x tak muat family nak join tangkap gambo. huhu~






Okay..
Nak sambung keje..

Later~
XOXO

Friday, December 2, 2016

Trip to Makassar #1 #throwback

Planning untuk ke Makassar, South Sulawesi ni agak last minute and sort of #backpackingtrip lah.

Sedikit info tentang Makassar (cedok dari Wikipedia)

Makassar, also known as Ujung Padang, is a port city on eastern Indonesia’s Sulawesi island. Inside its 17th-century Dutch colonial Fort Rotterdam is the Museum Negeri La Galigo, housing local exhibits. A promenade along Losari Beach is known for its seafood restaurants. Traditional pinisi sailing ships pack the harbor of Pelabuhan Paotere. Offshore, snorkeling is possible on the coral reefs of Samalona Island
Berbekalkan Flight ticket (Return) dan early booking Budget Hotel (Budget betol okeh.. RM20/night each), aku mengorak langkah.

1. Packing dulu

2. Check in lepas tu alas perut makan. (cheapskate katanye sampai tak order makanan dlm flight LOL)



3. Whoooooshhhh... Ke Makassar ke kita! YEAY! Away from Office!


4. Alhamdulillah sampai je, kitorang terus amek taxi straight to hotel. Papehal... check in dulu.. mandi dulu. Yang aku tak tahan... die boleh pulak berhenti tepi jalan lepas tu tukar plate no taxi tuh before meneruskan perjalanan (which I dont know why?? nak lari dari polis? nak escape jammed? idk..)


5. Cuaca di Makassar panas terik mak aii.. macam kat Malaysia gak ar tapi macam lagi panas.. dah r dekat dengan laut. HAHA.. so first day kitorg melepek sat sebab arrival time pon 3.00pm.. tido sekejap.. dalam pukul 8 lebey lapar... kitorg carik makanan.. tak taw nak carik mana.. Tanya orang hotel jelah.. zzz.... dinner sambil pikir tempat mana nak pegi..

First makanan di negara orang, COTO AYAM
Time ni lah baru nak google tempat menarik di Makassar. Main lenjan je datang without proper planning. #backpackers katanye LOL

6. Day 2 - Breakfast kat hotel. See! Even hotel murah, Breakfast included kut. JIMAT DUIT. Then kitorang decided nak pegi FORT ROTTERDAM. Tempat ni ala-ala A Famosa jugak. Kubu lama and ada musium sikit2. Macam biasa.. Nak masuk ade fee (Rp 5000) and tip sikit.. huu

Cheapskate breakfast  - FOC roti bakar choc spread with choc rice dengan teh O... PERFECT! haha

Knock Knock... ade orang idok ni? haha
Panas weyh... muka bajet maintain windy ala2 london plak haha..

Hah nama dia Museum La Galigo.... HAHA

Muzium - Upacara KHITANAN gituhh..

7. Setel berpanas and snap picture semua, lapa balik.. kita carik makanan lagi.. haha

Mineral water berpuluh botol kitorg beli .. Panas yang amat!

Nak tunjuk rate pelahap kitorang... Es Pisang Ijo.. PERGHHH sodapppppppp

Ni nama kedai makanan yang sedap gilos tapi murah superbbbbbbbbb!!!
to be continue ok? :)

Harapan Harijadi

Tanggal 5 December 2016, genap aku 28tahun.

Aku harap aku masih ada ibu :)

#percayaqada'qadr


*Dulu, Ibu cakap paling cepat aku boleh get married at 28 years old, paling lambat at 30's. So aku ambil average, inshaaAllah kahwin umor 29. Aku da hilang barakah doa ibu. Aku percaya DIA Maha Mengetahui segalanya yang terbaik untukku. :)


Shareaholic!